Sikh Izhan Kembali Ke Pangkuan Selangor
MakanBola
Selangor FC

Penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel kembali ke pangkuan Gergasi Merah selepas lebih dua tahun dipinjamkan ke pasukan lain.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang ejen pemain bola sepak, Syed Qamarul Firdaus Samat di laman Instagram baru-baru ini.

“Kepulangan semula anak lelaki yang hilang. 2 tahun setengah ialah tempoh yang sangat panjang. Saya sudah jalankan tugas saya. Kini masa untuk anda (Sikh Izhan) bersinar,” coret Syed Qamarul Firdaus Samat di Instagram Story.

Untuk rekod, Sikh Izhan telah menyertai Selangor dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 2020 namun khidmat Izhan banyak digunakan untuk skuad Selangor II.

Musim 2023, Sikh Izhan dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC dan telah menampilkan aksi memuaskan bersama pasukan itu sepanjang musim tersebut.

Bagi musim 2024, Sikh Izhan dipinjamkan buat kali kedua dan kali ini beliau dipinjamkan ke Penang FC. Sepanjang saingan Liga Super 2024/2025, Sikh Izhan telah beraksi 22 perlawanan dengan 7 clean sheets direkodkan.

Kini Sikh Izhan kembali ke Selangor dengan tugas berat apabila perlu bersaing dengan tiga lagi penjaga gol berkualiti seperti Kalamullah Al-Hafiz, Azim Al-Amin dan Samuel Somerville.