Sikh Izhan Dipinjamkan Sekali Lagi
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan akan meninggalkan Selangor FC secara pinjaman sekali lagi selepas selepas melalui musim hebat bersama Negeri Sembilan FC musim lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan semakin hampir menyertai Penang FC bagi saingan musim baharu 2024/2025. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam

Persetujuan di antara tiga pihak iaitu Penang, Selangor dan Sikh sendiri juga sudah diselesaikan yang mana menyaksikan Sikh dijangka bakal menjadi penjaga gol utama Penang.

Advertisements

“Rundingan Sikh Izhan (bersama Penang) selesai,” jelas Zulhelmi Zainal Azam di Youtube Astro Arena.

Jika perpindahan Sikh ke Penang menjadi kenyataan, ini merupakan peluang yang baik buat beliau untuk mendapatkan minit permainan selepas lambakan penjaga gol telah berlaku di Selangor dengan tiga penjaga gol kebangsaan bakal bersaing merebut posisi penjaga gol utama iaitu Khairulazhan Khalid, Samuel Somerville dan Azim Al-Amin.

Bersama Negeri Sembilan musim lalu, Sikh telah merekodkan 27 penampilan dengan 2328 minit permainan. Sikh juga berjaya merekodkan 6 kali clean sheet selain dibolosi 43 gol.

Advertisements

Sikh Izhan merupakan penjaga gol skuad kebangsaan yang dibawa ke Qatar pada Januari lalu untuk menghadapi Piala Asia 2023 selain penjaga gol utama, Syihan Hazmi dan penjaga gol muda, Azri Ghani.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram