Singapura Atasi Guam
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Singapura mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/2027 dengan menewaskan Guam dalam aksi timbal balik pusingan pertama.

Selepas meraih kemenangan tipis 2-1 pada aksi pertama di Singapura, The Lions memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka layak dengan selesa.

Manakala Guam pula berharap dapat mencipta keajaiban dengan meraih kemenangan ke atas pasukan dari Asia Tenggara itu.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan memburu gol awal. Malangnya, ketumpulan jentera serangan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Singapura terus buntu mencipta jaringan.

Ini mendorong Takayuki Nishigaya memasukkan Shawal Anuar dan Hafiz Noor bagi menyokong Ilhan Fandi di bahagian serangan.

Advertisements

Malangnya, barisan pertahanan Guam diketuai Travis Nicklaw kental menyerap setiap asakan The Lions.

Dengan perlawanan seakan berakhir dengan seri, Shawal muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pelawat pada minit ke-88.

Guam terus ditimpa malang apabila Dane Agustin dibuang padang oleh pengadil pada minit ke-93. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Ini membolehkan Singapura menang dengan keputusan agregat 3-1.

Ini juga kali pertama The Lions merekodkan rekod tanpa bolos dalam kalendar antarabangsa FIFA untuk tahun 2023.

Begitupun, Singapura perlu tampil lebih mantap untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Advertisements

Singapura diletakkan dalam Kumpulan C bersama negara serantau Thailand, Korea Selatan dan China.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram