Singapura Berdepan Amukan 4 Bintang Dunia Korea Selatan
Asia
KFA
Advertisements

Singapura perlu bersiap sedia dengan ancaman 4 bintang dunia Korea Selatan kelak menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Aksi cemerlang beberapa pemain seperti Son Heung-min, Kim Min-jae, Lee Kang-in dan Hwang Hee-chan diperingkat kelab berjaya meraih kepercayaan pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann.

Son Heung-min yang merupakan kapten pasukan Korea Selatan dan Tottenham Hotspur kini menampilkan prestasi cemerlang apabila telah menjaringkan 8 gol dalam 10 aksi liga.

Advertisements

Seorang lagi penyerang Premier League, Hwang Hee-chan turut dipanggil bagi menyempurnakan jentera serangan Korea Selatan setelah pemain itu menonjolkan keserasian bersama Son Heung-min.

Hwang Hee-chan kini menjaringkan 6 gol serta mencetak 2 bantuan jaringan buat pasukan Wolves dalam saingan Premier League.

Perancang tengah PSG, Lee Kang-in turut berada dalam senarai berdepan Singapura dan China apabila pemain berusia 22 tahun itu semakin menyerlah bersama PSG.

Advertisements

Singapura juga perlu berhadapan dengan pertahanan unggul asia, Kim Min-jae yang bakal memimpin pertahanan Korea Selatan.

Kim Min-jae kini antara pertahanan terbaik asia apabila berada ditangga ke-22 dalam senarai Ballon d’Or 2023 tempoh hari.

Singapura bakal bertemu Korea Selatan pada 16 November ini di Stadium Seoul untuk aksi pusingan kedua kelayana Piala Dunia 2026.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram