Ads
Asia Tenggara
Cardiff City

Skuad kebangsaan Singapura telah menerima pemain warisan baharu yang turut bakal menjadi pemain termahal di Asia Tenggara.

Advertisements

Pemain yang dimaksudkan adalah pemain Cardiff City FC, Perry Ng yang beraksi di Liga Championship di England.

Advertisements

Hasil semakan di laman Transfermarkt, nilai pasaran Perry Ng adalah berharga 3.8 juta euro bersamaan RM 18.4 juta jika ditukarkan kepada ringgit Malaysia.

Advertisements

Advertisements

Nilai pasaran tinggi yang dicatatkan Perry ini telah meninggalkan jauh pemain-pemain Asia Tenggara yang lain. Sebelum ini, pemain Indonesia, Thom Haye merupakan pemain termahal Asia Tenggara dengan nilai pasaran berharga 3 juta euro.

Kehadiran Perry ke dalam skuad kebangsaan Singapura dijangka akan menambah kekuatan di barisan pertahanan selepas pemain itu mampu beraksi di setiap posisi di bahagian pertahanan termasuk pertahanan kiri dan pertahanan tengah.

Advertisements

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah melancarkan program untuk mendapatkan pemain warisan serta naturalisasi buat pemain asing yang sudah lebih lima tahun beraksi di Liga Singapura.

Advertisements

Dijangkakan selepas ini akan ada seorang lagi pemain dari England yang akan menyarung jersi kebangsaan Singapura. Pemain yang dimaksudkan ialah pertahanan Sunderland, Luke O’Nien yang turut beraksi di Liga Championship.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram