Sistem VAR Bakal Digunakan Di Stadium Likas
MakanBola
Pejabat KBS Sabah
Sponsors

Dengan Sabah FC sah berada dalam Kumpulan H Piala AFC 2023/2024, tiga lawan mereka dijangka beraksi di Stadium Likas yang berwajah baru termasuk dilengkapi dengan sistem Penolong Pengadil Video (VAR).

Ini kerana proses penaiktarafan dan penambahbaikan stadium berkenaan kini berada di peringkat akhir dan dijangka siap sebelum 15 September ini.

Ad

Perkara ini disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin semasa membuat tinjauan di Stadium Likas hari ini.

Ad

“Saya melihat proses penambahbaikan dan naik taraf Stadium Likas berada pada landasan menepati jadual yang telah dipersetujui,” katanya kepada media seperti dilaporkan Jesselton Times.

Selain meninjau kerja-kerja penaiktarafan, Ellron turut melihat proses pengujian Scoreboard yang menggunakan teknologi Omega. Dengan pengenalan teknologi baru seperti VAR di Stadium Likas, ia bakal memberi impak positif kepada bola sepak Sabah.

Ad

“Penggunaan teknologi tinggi iaitu sistem Scoreboard dan sistem VAR merupakan satu perkembangan positif kepada sukan bolasepak Sabah dan pastinya peminat-peminat sukan bolasepak sudah lama tertunggu-tunggu perubahan positif kepada stadium ini,” tambahnya.

Ad

Biarpun kerja-kerja penaiktarafan masih belum selesai, teknologi baru di Stadium Likas dijangka boleh digunakan untuk aksi Liga Super Sabah FC dan Negeri Sembilan FC yang berlangsung esok.

Ad

Dengan imej Stadium Likas yang lebih segar, ini pasti memberi semangat kepada Sabah untuk melakar kempen cemerlang dalam kempen sulung Piala AFC mereka.