Liga Super
Instagram: @byhanifismail
Advertisements

Stadium keramat pasukan Sabah, Stadium Likas kini berwajah baru dengan beberapa penyelenggaran sedang dilakukan pihak pengurusan stadium.

Berdasarkan tinjauan MakanBola ketika hadir ke Stadium Likas, stadium tersebut kini dilengkapi dengan tempat duduk baru dan scoreboard yang baru sedang dipasang.

Kerusi baru tersebut dipasang di sekeliling kawasan tempat duduk terbuka dan dipadankan dengan warna merah biru. Ia terlihat begitu cantik, serasi dengan aura serta warna kebanggaan skuad The Rhinos.

Advertisements
Farhan Roslan Sabah FC Stadium Likas Kini Berwajah Baru
Instagram: @byhanifismail

Difahamkan, persiapan ini merupakan antara penambah baikkan yang dilaksanakan pihak pengurusan untuk kemudahan pasukan menjelang kempen Piala AFC 2023 kelak.

Stadium Likas bakal menerima kunjungan The City Boys untuk aksi Liga Super seterusnya antara Sabah dan KL City pada Jumaat, 13 Ogos kelak. Anak buah kendalian Ong Kim Swee semestinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah demi memastikan tiga mata diraih.

Sabah kini menduduki tangga kelima dalam carta Liga Super dengan 36 mata diraih selepas mengharungi 20 perlawanan. The Rhinos hanya dibezakan satu mata di belakang Sri Pahang yang menduduki tempat keempat dan tujuh mata di belakang pasukan yang berada di tangga kedua, Selangor.

Advertisements

Keempat-empat pasukan iaitu Selangor, Kedah, Sri Pahang dan Sabah dilihat sedang bersaing hebat untuk menamatkan kempen di kedudukan kedua dalam liga yang menawarkan slot ke Piala AFC musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram