Skuad Futsal JDT Berkelana Di Indonesia
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memanfaatkan tempoh ketiadaan perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan pasukan itu dengan berkelana ke Indonesia.

Ini selepas pasukan itu memuatnaik siri foto yang menunjukkan mereka berada di Indonesia di platfrom media sosial JDT Futsal.

Pasukan yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memilih Indonesia sebagai persiapan untuk perlawanan MPFL seterusnya pada 18 Mei ini.

Advertisements

Perlawanan itu bakal menyaksikan Harimau Selatan menentang Sabah di Stadium Bandaraya Johor Bahru.

Semasa berada di Indonesia, JDT dijangka mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab futsal negara itu.

Menariknya, jelajah Harimau Selatan ini turut disertai tonggak utama pasukan yang memegang peranan sebagai pivot, Ekmal Shahrin.

Advertisements

Ekmal sebelum ini terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan dalam aksi pra-musim 2024. Ini menyebabkan beliau terlepas beberapa perlawanan awal MPFL 2024 membabitkan JDT.

Kehadiran Ekmal bakal menambah kembali kekuatan pendahulu Divisyen 1 MPFL ketika ini. Harimau Selatan merekodkan 12 mata selepas meraih empat kemenangan berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram