Asia Tenggara

Skuad Muda Filipina Hidupkan Peluang, Atasi Timor Leste

Filipina B19 Indonesia PSSI Skuad Muda Filipina Hidupkan Peluang, Atasi Timor Leste
PSSI
Advertisements

Skuad muda Filipina lulus ujian kedua apabila menundukkan Timor Leste dengan keputusan 2-0.

Filipina menurunkan beberapa nama seperti Castro Alonso, Angelo Arnado, Abrera, Medex dan lain-lain.

Timor Leste juga diperkuat dengan Quintao, Berdila Da Silva, Da Costa dan lain-lain.

Kedua-dua pasukan cuba untuk mengatur serangan awal bagi mendapatkan jaringan pembukaan perlawanan.

Usaha itu berjaya dimanfaatkan oleh Filipina B-19 apabila memecah kebuntuan pada minit ke-12 menerusi satu serangan balas pantas oleh Abang Banatao.

Timor Leste cuba bangkit menyamakan kedudukan dengan beberapa siri gerakan menarik menuju 45 minit pertama.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Filipina mencipta lebih banyak gerakan bagi mengukuhkan kelebihan yang dimiliki.

Jaringan kedua hadir pada minit ke-61 permainan untuk menjadikan kedudukan semasa 2-0.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Indonesia kini memimpin carta Kumpulan A dengan 3 mata disusuli oleh Timor Leste dan Filipina juga 3 mata.