Advertisements
Skuad Muda Indonesia Tunduk Bermaruah Kepada Uzbekistan
Asia
MakanBola
PSSI

Skuad muda Indonesia mempamerkan aksi mengagumkan sebelum tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-2.

Aksi yang berlangsung di Stadium Madyan itu menyaksikan dua gol yang dijaringkan oleh Sang Garuda tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan.

Dua gol Indonesia yang dicetak oleh Muhammad Kafiatur menit ke-32 dan Arlyansyah Abdulmanan menit ke-74 bagaimanapun dinafikan oleh lawan yang meledak tiga gol.

Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih U-20 Indonesia, Indra Sjafri, beliau mengatakan bahawa dua aksi persahabatan ini sangat bermanfaat bagi pasukannya terutamanya dirinya menjadi tahu sejauh mana perkembangan anak didiknya.

“Dua aksi persahabatan ini (lawan Thailand dan Uzbekistan), telah membantu kami untuk mengenal pasti 27 pemain untuk diturunkan.”

“Daripada senarai 30 pemain yang ada, lebih kurang baru 17 pemain yang berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada barisan pemain U-20,” kata Indra Sjafri kepada PSSI.

“Kami juga melihat dua aksi ini adalah tentang fokus pasukan terhadap aksi hingga minit akhir. Gol yang dijaringkan oleh Uzbekistan juga disebabkan tidak ada komunikasi, dan lawan melakukan umpanan ke dalam kotak penalti dan bola masuk ke gawang, jadi hal-hal kecil seperti itu perlu ditambah baik.”

Tim U-20 Indonesia bakal turun dalam aksi di Piala AFF U-19 2024 dan Kelayakan Piala Asia U-20 2025. Selain itu, harapan besar diletakkan kepada pasukan ini agar mara ke Piala Dunia U-20 2025 di Chile.