Kejohanan JSSL Singapore International 7s menyaksikan kejayaan buat skuad muda JDT apabila berjaya menewaskan Everton FC dengan keputusan 1-0.
JSSL Singapore Professional Academy 7s ialah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mempamerkan bakat muda lebih 400 pasukan di 17 negara.
Pasukan dari seluruh dunia berkumpul pada hujung minggu untuk bersaing dalam kejohanan 7 sebelah kami di Singapura.
Kemenangan ini menjadi pengubat duka buat skuad muda Harimau Selatan apabila merekodkan dua kekalahan sebelum itu berdepan Valencia dan Melbourne.
JDT U16 tewas dengan keputusan 0-4 di tangan Valencia CF kemudian 0-1 kepada Melbourne City anmun berjaya menewaskan pasukan akademi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Terdapat 7 pasukan yang menyertai kejohanan b-16 lelaki termasuklah Valencia, Sporting, Urawa Reds, Everton, JSSL, Melbourne City dan JDT.
Aksi hari ini (Sabtu/30 Mac) menyaksikan JDT akan bertemu Sporting, JSSL dan juga Urawa Reds.