Advertising
Skuad Muda JDT ‘Tibai’ Woodland Lions 24-0
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda JDT mempamerkan persembahan yang mengagumkan apabila membelasah Woodland Lions dengan keputusan 24-0.

Aksi Singapore Youth League itu menyaksikan skuad bawah 13 dan 15 tahun JDT terus mencipta prestasi memberangsangkan dalam kejohanan tersebut.

Skuad B-13 Harimau Selatan mencipta prestasi memgagumkan apabila meraih kemenangan bergaya 19-1 berdepan NDC Girls U15.

Ad

Liga yang dianjurkan hasil inisiatif di bawah Unleash the Roar (UTR) projek bola sepak kebangsaan ialah pertandingan bola sepak belia elit sulung di seluruh negara.

Ad

Kejohnanan ini menampilkan lebih 200 pasukan berdaftar daripada 52 kelab dan akademi merentasi pelbagai peringkat umur.

Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk Persatuan Bola Sepak St Michaels, Akademi Bola Sepak Flair, Lion City Sailors Liga Perdana Singapura, dan pasukan jemputan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia.

Ad
Ad

Satu lagi wakil JDT adalah pasukan b-15 yang berjaya mencipta kemenangan besar 24-0 ketika berdepan Woodland Lions U15 sekaligus memberikan kegembiraan berganda buat pasukan.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2024 hingga 1 Disember 2024.