Skuad Muda JDT Kini Miliki Pusat Latihan Serba Canggih
Liga Super
JDT TV
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa memastikan prestasi cemerlang setiap pemain selari dengan kemajuan di luar padang. Salah satunya, skuad muda JDT kini memiliki pusat latihan yang serba canggih.

Sebuah dormitori dan gimnasium baharu yang disediakan untuk Akademik JDT terletak di Pusat Latihan Padang Mawar di Pasir Gudang dan ianya juga merupakan pusat latihan pertama yang menyediakan fasiliti serba canggih untuk skuad muda hingga ke skuad senior.

Selain padang yang cantik, pusat latihan yang dimuat naik di laman sosial Instagram Johor Southern Tigers itu turut dilengkapi dengan gimnasium serba canggih bagi memenuhi keperluan pemain.

Advertisements

Pada tahun lepas, kelab JDT pernah mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa bagi menambahbaik kemudahan gimnasium kelab itu.

Dengan pelbagai peralatan terkini yang disediakan oleh Proinertial, ia bukan sahaja membantu aspek kecergasan fizikal pemain, malah meningkatkan prestasi persembahan setiap pemain.

Advertisements

Ini adalah satu langkah ke arah landasan yang tepat bagi JDT dalam memiliki sistem bola sepak yang lengkap dari peringkat junior hingga senior.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram