JDT Naik Taraf Gimnasium Dengan Proinertial

Proinertial Johor Southern Tigers JDT Naik Taraf Gimnasium Dengan Proinertial
Johor Southern Tigers
Azim Noor @mohdazim45
11:33am 28/02/2023

Selepas mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa bagi menambahbaik kemudahan gimnasium mereka beberapa minggu lepas, hasil kerjasama yang ditunggu-tunggu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tiba.

Ini selepas JDT memuatnaik gambar-gambar terbaru gimnasium mereka yang dilengkapi pelbagai peralatan moden yang disediakan oleh Proinertial.

Dengan pelbagai peralatan terkini yang disediakan Proinertial, ia bukan saja membantu aspek kecergasan fizikal pemain. Malah, ini menjadikan kemudahan pusat latihan JDT termasuk gimnasium sebagai yang terbaik bagi memenuhi keperluan pemain.

Ini juga bertepatan dengan kehendak pemilik JDT merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang mahu melihat pusat latihan Harimau Selatan yang terbaik di Asia dari segi teknologi terkini dan memenuhi keperluan pemain-pemain profesional.