JDT & Life Fitness Bakal Jalin Kerjasama Tingkatkan Kualiti Gimnasium Kelab
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Beberapa minggu lepas, JDT mendedahkan mereka sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa. Hari ini, identiti syarikat tersebut iaitu Life Fitness didedahkan menerusi satu hantaran Johor Southern Tigers.

Dalam hantaran ini, DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Life Fitness bagi membentuk kerjasama dengan pasukan itu.

Sekiranya kerajsama ini dapat direalisasikan, ia akan meningkatkan kualiti kelengkapan gimnasium Harimau Selatan. Ini sekaligus memberi manfaat kepada para pemain dari Akademi JDT hinggalah skuad senior yang bersaing di Liga Super.

Advertisements

Selain itu, ia juga akan memudahkan pengembangan gimnasium JDT secara komersial di mana pada akhirnya, dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Life Fitness menjadi pilihan kerana barangan dan kelengkapan gimnasium khusus mereka menjadi pilihan atlet-atlet elit. Ini termasuk Hammer Strength yang digunakan oleh kebanyakan pertubuhan sukan besar di Amerika Syarikat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram