Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad muda JDT mempamerkan persembahan yang amat membanggakan ketika tewas tipis di tangan Sporting CP dalam aksi JSSL Singapore International 7s.

Kejohanan yang berlangsung di Singapura itu menyaksikan skuad B-16 JDT berpeluang untuk bertemu lawan daripada akademi terkemuka dunia.

JSSL Singapore Professional Academy 7s merupakan sebuah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mengumpulkan bakat muda lebih 400 pasukan daripada 17 negara. 

Advertisements

Pasukan dari seluruh dunia berkumpul pada hujung minggu untuk bersaing dalam kejohanan 7 sebelah di Singapura.

Skuad muda JDT tempoh hari berjaya mencipta sensasi apabila menundukkan pasukan akademi Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton FC dengan keputusan 1-0 sekaligus mengubat duka menentang Valencia dan Melbourne.

Perjuangan diteruskan menentang tiga lagi pasukan iaitu menentang JSSL (Singapura) dengan perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 0-0.

Advertisements

Dua lagi aksi bagaimanapun tidak memihak kepada JDT B-16 apabila tunduk 1-0 di tangan Sporting CP (Portugal) dan 3-0 berdepan Urawa Reds (Jepun).

Terdapat 7 pasukan yang menyertai kejohanan b-16 lelaki termasuklah Valencia, Sporting, Urawa Reds, Everton, JSSL, Melbourne City dan JDT.

62D9182B 28B8 4EC1 ACC6 C00F73FC5642 1 Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Sporting CP

JDT mengakhiri kempen ini dengan mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan 4 kekalahan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram