Advertisements
Skuad Muda Thailand ‘Rantai’ Uzbekistan
Asia
MakanBola
FA Thailand

Skuad muda Thailand terus mempamerkan masa depan yang amat baik apabila mengikat Uzbekistan dalam satu aksi persahabatan semalam.

Aksi yang berlangsung di Stadium Madya Senayan itu menyaksikan Changsuek menurunkan kesebelasan terbaik selepas berjaya menundukkan Indonesia dengan keputusan 2-1 tempoh hari.

Ketua jurulatih, Yuki Richard meletakkan Jonah Duchowney dan Chanotai Kongmeng selaku jentera serangan pasukan.

Thailand beraksi lebih bertahan pada babak pertama untuk menyerap asakan daripada lawan yang berstatus lebih elit di Timur Tengah.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, usaha keras Uzbekistan akhirnya memberikan hasil apabila Komilov Murodjon meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-56.

Usaha Changsuek seakan tidak menemui jalan yang diharapkan selepas beberapa kali berjaya digagalkan oleh pertahanan lawan.

Tambahan masa 6 minit memberi senyuman kepada Thailand apabila Thanakrit Chotimueangpak menjaringkan gol penyamaan pada akhir permainan.

Aksi Thailand dan Uzbekistan berakhir 1-1.

Thailand akan kembali ke negaranya pada 29 Januari 2024 dan meneruskan perancangan memantapkan pasukan.