Ads
Slot Kelab Malaysia Ke Asia Dalam Bahaya
Asia
AFC

Slot kelab-kelab Liga Malaysia ke pentas Asia kini berada di dalam bahaya selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedang menyiasat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL).

Advertisements

Siasatan itu adalah ekoran daripada isu gaji yang kini mendapat perhatian AFC. Seandainya pelanggaran syarat pelesenan kelab berlaku, FAM dan MFL berdepan risiko lesen liga dari AFC ditarik balik dan akan membawa kepada tiada wakil Malaysia layak beraksi di pentas Asia.

Advertisements

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisements
Advertisements

“Fail siasatan sudah pun dibuka dan langkah seterusnya, kami akan menghubungi MFL dan FAM untuk memulakan perbincangan bersama Jabatan Pelesenan Kelab yang akan memantau dan melihat proses pemberian lesen.

“Kesan yang paling berat ialah tiada wakil yang boleh kami terima kerana kuasa mereka (FAM dan MFL) untuk memberikan lesen ditarik balik oleh kami memandangkan terdapat masalah dalam proses pemberian lesen,” jelas Windsor seperti yang dilaporkan kepada Stadium Astro.

Advertisements

Windsor menegaskan bahawa hukuman pasti ada buat badan-badan pengelola yang melanggar hukum kerana AFC memiliki ketetapan dalam isu ini.

“Kalau langgar kena hukum, kerana kami memiliki ketetapan. Tak kan satu negara kena dan satu negara tak kena. Hukumannya akan tetap ada.

“Jadi, kami perlu melihat dahulu sama ada mereka ada melanggar peraturan atau tidak,” katanya lagi.

Advertisements

Terdahulu, AFC telah melancarkan siasatan ke atas finalis Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas pendedahan KL City sebenarnya memiliki tunggakan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berjumlah RM719,116 yang telah ada sejak 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram