Ads
AFC Buka Kertas Siasatan Terhadap KL City
Liga Super
KL City FC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah melancarkan siasatan ke atas finalis Piala AFC 2022, KL City FC.

Advertisements

Siasatan ini dilancarkan susulan pendedahan KL City sebenarnya memiliki tunggakan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berjumlah RM719,116. Lebih mengejutkan, tunggakan ini dikatakan sudah ada sejak 2023.

Advertisements

Hal ini diketahui Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar selepas membuat semakan di KWSP baru-baru ini. Perkara ini turut dibangkitkan dalam mesyuarat khas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada 18 Julai lalu.

Advertisements
Advertisements

Susulan itu, Pemangku Presiden KLFA, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid memberi jaminan badan induk itu akan berusaha menyelesaikan semua isu yang timbul termasuk tunggakan gaji dan caruman KWSP.

Kini, AFC telah melancarkan satu siasatan terhadap The City Boys berhubung isu berkenaan. Perkara ini disahkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John apabila diminta mengulas isu itu oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisements

“(AFC) sudah mula buka fail (siasatan). Fail pun sudah dibuka, jadi langkah seterusnya ialah akan hubungi MFL dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk adakan perbincangan.

“Jabatan Pelesenan Kelab (AFC) yang akan memantau, mereka yang akan melihat proses pemberian lesen. Dan selepas maklumat dikumpul, kita akan buat keputusan menerusi jawatankuasa-jawatankuasa yang ada,” katanya.

Windsor turut memberi amaran sekiranya isu pelanggaran lesen kelab timbul, ini akan memberi masalah besar kepada pasukan-pasukan Malaysia yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).

“Kesan yang paling berat ialah tiada wakil yang boleh kami terima kerana kuasa mereka (FAM dan MFL) untuk memberikan lesen ditarik balik oleh kami memandangkan terdapat masalah dalam proses pemberian lesen.

“Kalau langgar, kena hukum. Kita sudah ada kes duluan. Takkan kita buat pada satu negara, kita tak buat pada satu negara lain. Langgar tetap kena hukum. Jadi, kita kena lihat sama ada berlaku pelanggaran lesen atau tidak,” tambahnya.

Advertisements

KL City ketika ini menduduki tangga keempat liga dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram