Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Slot utama tajaan bagi pasukan Kedah Darul Aman difahamkan bernilai sekitar RM10 Juta.

Baru-baru ini, KDA FC mengesahkan bahawa status penaja utama pasukan masih tergantung susulan mengalami masalah besar saat akhir.

“Untuk makluman, selepas KDA FC menyelesaikan permasalahan utama bulan lepas, pihak pengurusan kini menumpukan sepenuh perhatian dalam menarik pelabur dan penaja seterusnya mengenal pasti syarikat swasta berpotensi untuk bekerjasama bagi musim 2024/25.

Advertisements

“Walaupun kelab ini menerima maklum balas positif berkenaan tawaran penajaan kelab, pihak pengurusan menempuh pelbagai cabaran dalam mengikat penaja utama untuk melancarkan perjalanan kelab bermula perlawanan Liga Super 11 Mei ini.

Kedah mengesahkan telah pun menerima tawaran swcara lisan daripada syarikat namun penaja tersebut menghadapi kekangan saat akhir.

Advertisements

“Pada peringkat awal pada bulan Februari, KDA FC telah secara lisan menerima tawaran tajaan sebagai penaja utama kelab.

“Namun begitu, langit tidak selalu cerah, berlaku insiden yang tidak diduga menyebabkan syarikat tersebut menghadapi masalah besar sehingga perniagaan syarikat tersebut merosot yang menyebabkan pihak kelab terpaksa menolak tawaran tajaan di saat akhir,” jelas Kedah dalam satu kenyataan.

Advertisements

Kedah kini dalam proses untuk mencari penaja utama pasukan dan difahamkan slot tersebut bernilai sekitar RM8-10 Juta.

Copy of Untitled Design 33 Slot Utama Tajaan Kedah DA Bernilai RM10 Juta

Kedah juga sudah berbincang dengan Penaja Bersama KDA FC, AL Sports Sdn. Bhd. (ALX, Penaja Kit Rasmi), mengenai jersi perlawanan Liga Super musim 2024/25 tanpa slot penaja utama.

Advertisements

Keputusan yang dicapai adalah AL Sports Sdn. Bhd. tidak akan mengeluarkan kit jersi perlawanan Liga Super KDA FC musim 2024/25 sehingga penaja utama kelab disahkan.

Ini berdasarkan muafakat bersama antara KDA & AL Sports Sdn. Bhd. dengan mengambil kira kos efektif dan pemasaran AL Sports Sdn. Bhd. dalam situasi menang-menang.

Bagi perlawanan bulan Mei, KDA akan memakai jersi Pra-Musim 2024/25 untuk buat sementara bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 perlawanan pertama Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram