SNBJ Anjurkan Tiga ‘Aksi’ Besar Kurang 90 Hari
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi gelanggang bagi tiga aksi besar yang melibatkan acara bola sepak dan juga konsert.

Menerusi satu kenyataan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), SNBJ bakal menjadi gelanggang bagi aksi Battle Of The Reds yang bakal menemukan lagenda Manchester United dan Liverpool.

Ad

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada 27 April 2024 pada jam 8:45 malam yang bakal menampilkaj beberapa watak hebat seperti Mikael Silvestre, Wes Brown, Emile Heskey, Luis Garcia dan lain-lain.

Ad

SNBJ bakal menjadi laman bagi sebuah lagi konsert Harris Jayaraj namun pihak PSM memberi jaminan bahawa keadaan padang tidak akan digunakan sepenuhnya ketika konsert berlangsung.

“Konsert Harris Jayaraj yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 25 Mei 2024 tidak akan melibatkan kawasan padang langsung dan hanya terhad di kawasan trek.”

Ad

PSM juga memberitahu bahawa tiada sebarang aksi atau aktiviti yang bakal berlangsung selepas konsert tersebut hinggalah kepada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Chinese Taipei.

Ad

“Selain perlawanan ‘Battle of the Reds’ diantara Manchester United Legends vs Liverpool Legends pada 27 April 2024, tiada apa-apa program yang melibatkan padang akan diadakan sehingga perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia diantara Malaysia vs Chinese Taipei pada 11 Jun 2024,” ujar PSM dalam satu kenyataan di laman X.

Ad

PSM juga memiliki baki kurang tiga minggu untuk memastikan padang SNBJ berada dalam keadaan bersedia bagi aksi Manchester United dan Liverpool.