Soleen Al-zoubi Uji 300 Bakat Muda Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia

Jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-zoubi telah mengadakan sesi pemilihan untuk menguji bakat-bakat muda bola sepak Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan sesi pemilihan yang diadakan bagi mengenalpasti pemain-pemain untuk memperkuat skuad wanita B-17 negara.

Sesi pemilihan yang dijalankan bermula pada Khamis ini melibatkan seramai 36 pemain yang telah dinilai daripada 300 pemain yang beraksi pada Liga Puteri B-15 2023 dan 2024 serta FAS Girls League 2024.

Selain Soleen, terdapat juga jurulatih skuad wanita B-20 negara, Cameron Ng yang turut sama memantau dan meneliti bakat-bakat yang bakal menyarung jersi Malayan Tigress.

Sesi pemilihan pemain ini sebagai persiapan awal skuad Malayan Tigress B-17 mengharungi cabaran Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2025 yang dijadualkan berlangsung April 2025.

Sepanjang sesi pemilihan selama tiga hari itu, barisan pemain yang dipilih perlu menjalani pelbagai beberapa perlawanan percubaan sebelum layak ke kem latihan Malayan Tigress B-17 pada 27 September ini.