Advertising
Kelana United Muncul Juara Liga Puteri B-15, Kecewakan SSS Leopard
UltraSukan
UltraSukan
FA Malaysia

Kelana United muncul juara edisi sulung Liga Puteri Bawah 15 Tahun (B-15) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kejayaan kelab Selangor itu dicapai selepas mengatasi tentangan SSS Leopard di pentas final kejohanan menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas berjaya mengatasi Sabah FC di peringkat separuh akhir, Kelana United percaya mereka memiliki kehebatan dan keyakinan untuk menggondol gelaran juara.

Ad

Keyakinan sama turut dilaungkan SSS Leopard selepas membelasah FEM19 FC 4-0 di peringkat separuh akhir semalam.

Ad

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mencipta beberapa gerakan menarik bagi mendapatkan jaringan.

Ad
Ad

Malangnya, barisan pertahanan kedua-dua pasukan berjaya mematahkan setiap gerakan yang cuba dicipta. Ini menjadikan keputusan 0-0 menuju rehat separuh masa.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Kelana United dan SSS Leopard terus memberi saingan sengit bagi mendapatkan gol kemenangan.

Percubaan demi percubaan dihasilkan tetapi malangnya, ia berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan lawan masing-masing.

Biarpun beberapa pertukaran telah dibuat, Kelana United dan SSS Leopard masih gagal mencari gol kemenangan.

Ini menyaksikan kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan selepas wisel penamat ditiup oleh pengadil.

Ini memaksa penentuan juara dibuat menerusi penentuan sepakan penalti – sedikit kelebihan buat Kelana United kerana mereka mengatasi Sabah juga menerusi sepakan penalti.

SSS Leopard tidak bernasib baik apabila salah satu sepakan penalti mereka tidak menepati sasaran. Itu saja sudah cukup buat Kelana United muncul juara dengan keputusan penalti 7-6.

Selain gelaran juara, pemain Kelana United, Nur Shadrina Ahmad Johari turut dipilih sebagai pemain terbaik Liga Puteri B-15 FAM.