Advertising
Son Heung-min Bakal Digugurkan Dari Skuad Korea Selatan?
MakanBola
Korea FA

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min berisiko digugurkan daripada skuad bagi tugasan antarabangsa seterusnya.

Pemain berusia 31 tahuh itu berjaya membantu Taeguk Warriors untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia AFC 2023.

Ad

Kekalahan kepada Jordan telah memberi tamparan hebat kepada pasukan apabila ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann dipecat serta-merta.

Ad

Pergolakan yang melanda kem Korea Selatan menyaksikan terdapat ketegangan yang berlaku antara pemain senior iaitu Son bersama beberapa orang pemain muda pasukan.

Antara nama yang disebut-sebut ialah pemain muda PSG, Lee Kang-in yang difahamkan terlibat dalam insiden semasa kem latihan Korea Selatan.

Ad

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Bola Sepak Korea Selatan (KFA),Chung Mong-gyu, beliau sedang mempertimbangkan beberapa perkara termasuklah mengugurkan pemain bintang pada panggilan berikutnya.

Ad

“Memandangkan Son Heung-min dan Lee Kang-in kedua-duanya bermain untuk kelab luar, KFA tidak akan dapat menggantung mereka. Satu-satunya cara untuk mendisiplinkan mereka, atau mana-mana pemain lain yang berpangkalan di luar negara untuk peranan mereka, adalah dengan tidak memilih mereka untuk mewakili pasukan kebangsaan.”

Ad

“Kami perlu merombak sistem pengurusan pemain kami untuk pasukan kebangsaan dan mencegah kes serupa pada masa hadapan.”

“Kami perlu melihat lebih dekat bagaimana kami boleh mengendalikan pasukan kebangsaan dengan terbaik pada masa hadapan. Ia sesuatu yang kita perlu bincangkan dengan jurulatih baharu,” tambah Chung kepada Yonhap News.

Kedudukan kapten Tottenham Hotspur dan juga Lee Kang-in kini berada dalam kedudukan yang masih tergantung bagi tugasan Kelayakan Piala Dunia 2026, Mac ini.