Advertisement
Son Heung-min Bengang Thailand Beri Derita Sama Seperti Malaysia
Asia
MakanBola
Korea FA

Kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan, Son Heung-min jelas kecewa dengan prestasi pasukannya apabila terikat kali kedua berdepan Thailand selepas hampir dikecewakan oleh Malaysia.

Pemain berusia 31 tahun mengetuai Taeguk Warriors berdepan pasukan ke-101 dunia itu dalam misi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga.

Hasrat itu bagaimanapun lebur selepas jaringannya berjaya dipadamkan oleh Suphanat Mueanta pada minit ke-61 untuk menamatkan aksi Korea Selatan dan Thailand dengan keputusan 1-1.

Menurut pemain Tottenham Hotspurs itu, keputusan yang diterima agar sukar untuk ditelan tatkala pasukan itu berada di bawah tampuk kejurulatihan yang baru.

“Saya sangat kecewa dengan keputusan ini (seri lawan Thailand). Pasukan bermain baik namun terlepas beberapa peluang keemasan dan perlu mengharungi aks yang cukup sukar.”

Son juga yakin ujian hebat bakal ditempuh oleh pasukannya apabila beraksi di gelanggang lawan pada 26 Mac nanti.

“Berkunjung ke Thailand sudah pasti lebih sukar. Korea Selatan perlu bangkit lebih segera,” ujarnya memetik laporan VNExpress.

Sebelum ini, Malaysia juga memberikan pengalaman sama seperti Thailand apabila berjaya mengikat pasukan ke-25 dunia itu dengan keputusan 3-3.

Korea Selatan kini mengumpul 7 mata selepas 3 perlawanan diikuti oleh Thailand di tangga kedua dengan 4 mata.