Advertisements
Son Heung-min Mengalah, Elak Gaduh Besar Dengan Hwang Hee-chan
Asia
MakanBola
Korea FA

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min cuba mengelakkan pergaduhan besar dengan rakan sepasukannya, Hwang Hee-chan ketika bertemu Australia.

Advertisement

Pemain berusia 31 tahun itu memastikan pasukannya mara ke separuh akhir Piala Asia 2023 menerusi gol cantik yang dijaringkan daripada sepakan percuma.

Satu lagi gol dijaringkan oleh bintang Wolves, Hwang Hee-chan namun kedua-dua pemain ini terlibat dalam insiden perebutan untuk mengambil sepakan tersebut.

Advertisement

Kata Son, tugasan utama mengambil sepakan itu adalah terletak di bahunya namun memberi kepercayaan kepada rakan sepasukan untuk mengambilnya.

“Beliau mahu mengambilnya. Jurulatih (Jurgen Klinsmann) mahu saya mengambilnya tetapi selepas bercakap dan melihat betapa yakinnya Hee-chan, saya fikir saya boleh percayakan dia.”

Advertisement

“Dan sebagai kapten, apa yang penting ialah pasukan bekerjasama sebagai satu unit daripada sentimen peribadi.”

Advertisement

Beliau juga mahu membuktikan bahawa setiap pemain memiliki peranan yang penting untuk membawa Taeguk Warriors ke peringkat ini.

“Saya juga mahu menunjukkan betapa pentingnya Hee-chan dalam pasukan. Dan saya bersyukur Hee-chan berjaya melakukannya dalam situasi yang sukar itu,” jelasnya dalam sesi sidang media selepas perlawanan.

Advertisement

Skuad kendalian Jurgen Klinsmann bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Socceroos hasil dua jaringan pada masa tambahan.

Video: Korea Selatan vs Australia