Son Heung-min & Pemain Korea Boikot Media
MakanBola
Korea FA

Skuad Korea Selatan diketuai kapten, Son Heung-min dilaporkan memboikot media negara itu mejelang aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia menentang Mexico.

Maeil Shinmun melaporkan tindakan boikot itu dibuat sebagai bantahan terhadap tindakan beberapa wartawan Korea Selatan yang mengejek bekas penyerang Tottenham Hotspur itu.

Salah satu perkara yang menjadi bahan ejekan wartawan tersebut ialah mempertikaikan mengapa Heung-min tidak menjalani khidmat negara.

Insiden itu dikesan dalam satu video ketika perlawanan Korea Selatan dan Czechia di Guadalajara, Mexico yang dimuat naik ke saluran YouTube JTBC.

Apabila insiden tersebut dikesan, JTBC segera memadam dan menyunting semula video tersebut. Setelah itu, video versi baru rakaman dimuat naik semula tetapi nasi sudah jadi bubur.

Susulan itu, Heung-min enggan melayan soalan wartawan ketika melalui zon bercampur selepas perlawanan. Temu bual individu yang diatur antara media Korea dan rakan sepasukan, Hwang In-beom juga dibatalkan tanpa sebarang sebab.

Tidak diketahui berapa lama boikot ini akan berjaan. Ini kerana sidang media praperlawanan Korea Selatan dan Mexico diadakan pada Rabu.

Sidang media ini dilihat penentu sama ada boikot skuad Korea Selatan terhadap media mereka masih berjalan atau sebaliknya. Mexico dan Pahlawan Taeguk bakal berentap pada 18 Jun ini.