Advertising
Son Heung-min Puji Kemajuan Mendadak Bola Sepak Asia Sejak Akhir Ini
MakanBola
Korea FA

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min mengakui kagum dengan kemajuan bola sepak di benua Asia sejak kebelakangan ini.

Kemajuan itu dapat dirasainya apabila Pahlawan Taeguk berdepan Singapura dalam aksi kelima Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Khamis lepas.

Ad

Meskipun Singapura dibelasah Korea Selatan 7-0 pada akhir perlawanan, penyerang Tottenham Hotspur itu kagum dengan semangat melawan yang ditunjukkan tuan rumah.

Ad

Ini kerana The Lions menunjukkan kemajuan dalam dua perlawanan membabitkan Korea Selatan. Atas sebab itu, Heung-min merasa bertuah kerana dapat beraksi dalam persekitaran bola sepak Asia yang kompetitf.

“Saya fikir pasukan Singapura (menunjukkan kemajuan) dalam tempoh antara dua perlawanan. Saya boleh nyatakan bola sepak Asia berkembang dengan pesat.

Ad

“Saya fikir saya amat berterima kasih kerana mempunyai persekitaran ini, stadium yang hebat, penyokong yang hebat. Satu kegembiraan beraksi di sini (Singapura),” katanya kepada wartawan sukan Singapura, Ashikin Hashim selepas perlawanan.

Ad

Kemenangan itu membolehkan Korea Selatan menyertai 12 lagi pasukan yang mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Dengan objektif tersebut sudah terlaksana, Pahlawan Taeguk kini mengalihkan fokus kepada perlawanan menentang China pada 11 Jun.

Sekiranya Korea Selatan berjaya meraih kemenangan pada hari itu, mereka akan menamatkan kempen Kumpulan C sebagai juara kumpulan.