Advertising
Son Heung-min: Saya Tak Menyesal
MakanBola
Korea Football Team

Ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung-min mengakui tidak menyesal di atas kekalahan menentang Jordan dalam saingan Piala Asia malam tadi. 

Jordan mencipta sejarah apabila berjaya menyingkirkan Korea Selatan bagi pusingan separuh akhir dengan keputusan 2-0.

Pemain berusia 31 tahun itu menyatakan bahwa Piala Asia adalah kejohanan yang sangat kompetitif. Baginya, ia adalah kejohanan yang sukar. 

Ad

“Saya tidak menyesal, saya sudah berikan yang terbaik dan Piala Asia adalah kejohanan yang sangat tinggi dan ia merupakan perlawanan yang susah,” kata Son dalam sidang media selepas perlawanan. 

Ad

Beliau percaya mungkin rakan sepasukan sedikit gementar. Oleh sebab itu, segala peluang yang ada tidak dapat disudahkan dengan baik.

Pemain berusia 32 tahun itu akui kecewa dengan kekalahan ini, namun beliau percaya Jordan sememangnya layak untuk ke pentas akhir.

Ad
Ad

“Saya sangat kecewa dengan keputusan ini, dan Jordan mengalami perjalanan yang luar biasa dan mereka layak untuk menang.

Ad

“Semestinya, ianya disebabkan kesalahan yang kami buat dan kita mempunyai peluang untuk gol namun tidak dapat melakukan penyudah dengan baik. Kami juga sedikit gementar, saya faham itu,” katanya.

“Kami perlukan fokus untuk seterusnya, tiada masa untuk menyesal dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Jordan.

Korea Selatan terpaksa akur dengan kehebatan Jordan. Jordan akan bertemu sama ada Iran atau Qatar bagi perlawanan kedua separuh akhir Piala Asia malam ini.