Son Heung-min Tak Sabar Jumpa Vietnam
Asia
KFA
Advertisements

Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min tidak sabar mempamerkan bisanya bila bertemu Vietnam esok.

Sebelum ini, kapten Tottenham Hotspur itu tidak diturunkan oleh jurulatih Jurgen Klinsmann semasa mereka membelasah Tunisia 4-0.

Dengan perlawanan menentang Vietnam bakal diadakan di Suwon, beliau tidak mahu ketinggalan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Advertisements

Ini kerana inilah peluang untuknya mempamerkan prestasi terbaik kepada para penyokong sebelum pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula.

“Saya sentiasa mahu bermain dalam setiap perlawanan. Saya tak tamak untuk perkara lain tetapi saya tak sabar untuk turun bermain.

Advertisements

“Saya mahu melakukan dan saya akan bersedia dengan baik. Saya fikir ini sesuatu yang hebat jika saya tunjukkan prestasi terbaik atas padang jika berpeluang beraksi untuk Korea Selatan,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

Pertemuan esok dijangka panas lebih-lebih lagi selepas komen Klinsmann yang merendah-rendahkan keupayaan Golden Star Warriors beberapa bulan sebelumnya.

Advertisements

Dari segi ranking FIFA, Korea Selatan memiliki kelebihan besar dengan ranking ke-25 berbanding Vietnam (94).

Bagaimanapun, selepas tewas dua perlawanan kepada Uzbekistan dan China, Vietnam pastinya tidak mahu tewas buat kali ketiga untuk kalendar FIFA kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram