Stadium Darul Aman Dijangka Jadi Gelanggang Baharu Imigresen
MakanBola
Imigresen FC
Sponsors

Naib juara Liga A1 Semi-Pro, Imigresen FC dijangka menggunakan Stadium Darul Aman sebagai gelanggang baharu jika permohonan Lesen Kebangsaan untuk musim 2025/26 diluluskan.

Musim 2024/25 menyaksikan pasukan yang diberi jolokan The Mighty Tigers itu menggunakan Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai gelanggang sendiri.

Ad
Sponsors

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan Imigresen berharap dapat memanfaatkan Stadium Darul Aman sebagai gelanggang baharu mereka.

Ad

“Dari Bangi ke Alor Setar, difahamkan Imigresen FC pilih Stadium Darulaman sebagai gelanggang sendiri andai lulus pelesenan kelab untuk beraksi di Liga Super musim depan,” katanya di X.

Status Imigresen dijangka diketahui selepas 10 Mei ini. Ini kerana tarikh itu merupakan tarikh akhir bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang memohon Lesen Kebangsaan untuk musim 2025/26.

Ad

The Mighty Tigers menamatkan musim 2024/25 dengan 63 mata daripada 28 perlawanan. Penyerang import, ThankGod Michael Ogwuche muncul penjaring terbanyak pasukan itu dengan 21 gol.

Ad

Sekiranya proses lesen berjalan lancar, Imigresen bakal beraksi bersama juara Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC dalam Liga Super musim hadapan.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments