Untold Story: Berdiri 90 Minit, Sikitpun Tak Duduk, Dedikasi Sebenar ‘Orang Bola’
Blog
KL City FC
Advertisements

“Pagi ni banyak kerja, malam pun banyak kerja. Kerja CEO ni lain. Dulu kerja sebagai penganalisis, kerja dalam broadcast, tiba-tiba ambil peranan sebagai CEO. Kerjanya berlainan.”

“Apabila saya dilantik sebagai CEO, apa-apa benda tak baik yang berlaku kepada saya, saya akan pastikan ianya tidak berulang terjadi kepada pasukan.” Jelas Stanley kepada Nadi Arena.

Dua perenggan bait-bait ayat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City yang menusuk hati pemerhati bola sepak di Malaysia.

Advertisements

Temuramah 27 minit tanpa ‘cut’ Zulhelmi Zainal Azam terasa seperti 5 minit. Penuh dengan isi kandungan padat dan bernilai.

Hampir dalam setiap perlawanan yang dihadiri Stanley Bernard, beliau dilihat akan berdiri sepanjang perlawanan.

Bukan seorang CEO yang hanya duduk di kerusi empuk mengharapkan bulan bintang jatuh ke riba, mengharapkan jurulatih dan pemain menang-menang dan menang kemudian menyalahkan orang lain.

Advertisements

Sebaliknya beliau secara diam melakukan kerja dan mengatur strategi dan KL City mula menampilkan permainan terbaik sejak sekian lama; Direct Football.

Seperti yang dirakamkan, beliau benar-benar memberikan jiwa dan raga dalam dan luar padang dan memastikan jurulatih dapat memainkan peranan mereka sebaik mungkin tanpa gangguan.

Seperti persoalan yang dilontarkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam kepada Stanley Bernard berkaitan cabaran dihadapinya sebelum ini, jawapan Stanley jelas dan mudah difahami dan beliau tidak mahu berselindung.

Advertisements

“..ianya posisi yang tiada work-life-balance, kalau jam 2 pagi kena buat sesuatu, kamu akan pergi buat perkara tersebut, tiada masa tidur.”

“Bola sepak secara umumnya di Malaysia digunakan sebagai kenderaan, exco-exco akan menggunakan posisi ini untuk ‘layak‘ ke tempat lain.”

“Mereka di sini (kelab) bukan untuk berkhidmat kepada kelab, tetapi mereka berkhidmat untuk diri mereka sendiri.”

Advertisements

“Kalau tak menang, semalam pun keluar pisau. Pasal sudah menang, apa boleh buat.”

“12 bulan tak pernah datang tanya khabar, tapi sekarang ucapkan tahniah pada saya?”

Stanley Bernard, beliau tidak mampu mencapai banyak kejayaan sebagai seorang pemain, namun beliau kini berbakti dalam dunia bola sepak Malaysia sebagai seorang CEO yang tahu apa itu ‘bola’.

Dulu Stanley cakap KL City memiliki R.O.I yang baik, ramai tergelak tapi kini beliau berjaya buktikan sebaliknya.

Senang cerita, orang bola jaga bola hasilnya akan jadi baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram