Stanley Bernard Jelaskan KL City Memiliki ‘ROI’ Yang Baik Walaupun Bajetnya Kecil
Dunia
Instagram: @klcityfootball
Advertisements

Rancangan bola@mamak semalam telah menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard bersama pemain senior pasukan, Shukor Adan untuk membincangkan secara terperinci berkaitan bola sepak tempatan dan perancangan untuk masa depan KL City FC.

Stanley Bernard menjelaskan bahawa musim depan merupakan musim untuk penambahbaikkan buat KL City FC. Perubahan yang bakal dilakukan itu akan meliputi segenap aspek. Oleh sebab itu, perlunya ada perancangan yang baik dan peningkatan dari sudut dana, jelas Stanley.

“Pertamanya sekarang kita berada di top 6, jadinya perlu ada peningkatan paling kurang 10-20% untuk bajet pasukan supaya kita boleh lakukan lebih sikit penambahbaikkan dari segala aspek.”

Advertisements

Bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur itu turut menegaskan bahawa usia kelab KL City FC masih muda dan memerlukan kepada banyak perubahan. Stanley turut menambah, struktur pasukan KL City perlu diperkemaskan dan kita perlu meletakkan sasaran terbaik untuk kecemerlangan pasukan dalam saingan liga Malaysia musim depan.

“Kelab ini masih kelab yang muda, banyak perkara dari struktur pasukan perlu dilakukan dan dari segi target perlu lebih baik, mungkin musim ini top 6, musim depan top 5.”

Ketika pengacara Astro Arena, Hafizal Hamad bertanya kepada Stanley berkaitan bajet pasukan KL City FC, Stanley jujur menjawab bahawa KL City bukanlah sebuah kelab yang mempunyai bajet yang besar. Menurut Hafizal, kebiasaanya pasukan liga super ini dananya tidak lari daripada RM20 ke RM25 juta. Namun sangkaan Hafizal meleset kerana bajet KL City untuk musim kali ini adalah rendah daripada itu.

Advertisements

“Tak banyak. Jadi berkaitan bajet, tugas paling berat yang saya pikul sejak awal adalah macam Boyan Hodak kata, low budget dan high returns. Jumlah tajaan KL City sangat rendah, rendah daripada itu. Namun sekarang kita duduk di tempat keenam.”

Pada Disember 2020, Stanley telah dilantik untuk menerajui pasukan Kuala Lumpur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Bekas pemain bola sepak dan pengulas sukan terkenal itu setakat ini telah berjaya melakukan beberapa perubahan besar buat KL City FC.

Antara perubahan yang dilakukan Stanley adalah dengan membawa masuk pemain senior untuk menjadi tunjang motivasi buat pasukan. KL City juga berjaya melantik pengarah teknikal dan mengemaskini media sosial kelab seperti di Instagram dan Facebook.

Advertisements

Pemilihan beliau sebagai CEO dilihat sebagai langkah yang tepat kerana banyak idea bernasnya digunakan untuk menjana pendapatan kelab berbanding bergantung sepenuhnya daripada hasil tajaan. KL City FC menamatkan saingan Liga Super 2021 di kedudukan ke-6 dan berjaya mencipta rekod pencapaian terbaik sejak 33 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram