KL City FC Rekod Pencapaian Terbaik Sejak 33 Tahun
Dunia
Instagram: @klcityfootball
Advertisements

Pasukan Kuala Lumpur City FC meneruskan rentak terbaik pasukan tersebut untuk mengekalkan rekod tanpa kalah yang dilanjutkan sehingga 10 perlawanan berturut-turut sekaligus memecahkan rekod terbaik pasukan sejak tahun 1988.

Pasukan kendalian Bojak Hodak itu nyata memiliki karisma yang tersendiri ketika turun beraksi di atas padang sungguhpun berdepan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super ketika ini.

Terbaru, KL berjaya menumbangkan pasukan Kedah Darul Aman FC di Stadium Cheras, KL dengan keputusan 2-1. Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Romel Morales dan juga penyerang berpengalaman negara, Safee Sali.

Advertisements

Ini juga menjadikan Kedah gagal mencatat kekalahan ketiga di tempat lawan ke atas pasukan kendalian Hodak itu apabila kemenangan gagal diperoleh sejak tahun 2019.

Pasukan pelawat diberikan gol saguhati apabila Tchetche Kipre pada minit ke-34 untuk merapatkan jurang namun kekebalan benteng pertahanan pasukan KL tidak boleh digugat.

Bukan itu sahaja, pencapaian luar biasa pasukan yang berpangkalan di Ibu Kota ini merupakan catatan terbaik pasukan. Ini sekaligus menjadikan pasukan tersebut tidak tewas sepanjang 11 perlawanan berturut-turut dan menjadikan rekod terbaik pasukan sejak tahun 1988.

Advertisements

Kuala Lumpur juga telah mengharungi keseluruhan perlawanan Liga Super musim ini tanpa sebarang kekalahan di tempat sendiri. Ini juga merupakan rekod terbaik buat kelab sejak kali pertama tidak tewas dalam 9 perlawanan di tempat sendiri. Kali terakhir ia berjaya dilakukan adalah pada tahun 1999.

Kekuatan di setiap posisi ditambah pula dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Safee Sali, Indra Putra Mahyuddin dan juga Shukor Adan nyata memberi satu kekuatan dn motivasi tambahan buat pasukan ini untuk meneruskan momentum kemenangan ini.

KL juga ketika ini mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut termasuklah ketika menentang PJ City, Pahang, Terengganu dan juga Kedah, jelas Devinder Singh.

Advertisements

Ini pastinya menjadi berita yang amat menggembirakan barisan kejurulatihan dan pemain pasukan KL serta para peminat yang sentiasa memberikan sokongan yang terbaik kepada pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram