Rekod jaringan yang dicipta oleh calon penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Hogaldo mengejutkan ramai pihak.
Pada Selasa, para peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan laporan oleh wartawan sukan Colombia, Pipe Sierra yang melaporkan bahawa pemain America de Cali, Rodrigo Hogaldo bakal memperkuat Harimau Malaya.
”Skuad kebangsaan Malaysia memiliki Rodrigo Holgado dalam kalangan pemain pasukan itu.”
“Maklumat berkenaan pasport beliau masih belum selesai tetapi mereka menyelesaikan perkara itu dari Asia,” lapor Pipe Sierra.
Untuk rekod, Hogaldo beraksi bersama sebuah kelab di liga divisyen satu Colombia, America de Cali sejak Januari 2024 lalu dan telah pun mencetak 18 gol dan mencipta 5 bantuan jaringan.
Malah, pada musim ini sahaja, Hogaldo sudah menjaringkan 8 gol serta melakukan dua bantuan jaringan dalam kesemua kejohanan sekaligus membantu juara 15 kali Liga Colombia itu berada di puncak liga.
Kehadiran Hogaldo pasti dinantikan oleh peminat Harimau Malaya bagi menambah sengat jentera serangan pasukan meskipun belum ada pengesahan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Malaysia.