Statistik Luar Biasa India Jadi Sandaran Jurulatih ‘Hukum’ Malaysia Di Bukit Jalil
Harimau Malaya
Dipa Chakraborty/Pacific Press/Shutterstock
Advertisements

Ketua Jurulatih India, Igor Štimac percaya anak buahnya memiliki kelebihan berhadapan Malaysia berdasarkan rekod prestasi pasukan sepanjang tahun ini.

India sebelum ini berjaya menjuarai kejohanan South Asian Football Federation (SAFF) selepas berjaya menewaskan Kuwait pada perlawanan akhir disamping berjaya mencatatkan keputusan positif tanpa tewas sepanjang tahun 2023.

Selain itu India turut menjuarai Piala Intercontinental 2023 selepas berjaya melepasi halangan Mongolia, Vanuatu dan Lubnan yang dilangsungkan pada Julai lalu.

Advertisements

“Saya rasa antara kelebihan besar kami adalah rekod yang baik. Tahun ini saya rasa kami beraksi dengan baik dan ini menjadi antara kekuatan kami berdepan Malaysia,” jelasnya pada sidang media sebelum perlawanan Pestabola Merdeka 2023 semalam di Bukit Jalil.

Berdasarkan rekod tahun 2023, India mencatatkan 9 kemangan dan 2 seri dalam 11 perlawanan antarabangsa terakhir sepanjang tahun ini dan Malaysia bakal menjadi cabaran seterusnya untuk India terus mengekalkan rekod tanpa kalah 2023.

Advertisements

Rekod 2023 juga melihatkan India berjaya menjaringkan 16 gol dan hanya bolos 2 gol sekaligus memberikan peringatan kepada skuad Kim Pan-gon bahawa India memiliki skuad ampuh yang wajar diberikan perhatian khusus.

Pengendali kelahiran Croatia itu juga walaubagaimanapun menjelaskan India sedikit tempang tanpa 2 kelibat pemain tunggak yang mengalami kecederaan.

Advertisements

“Ya kami ada beberapa kecederaan yang dialami oleh barisan pemain. Dua bintang utama pasukan tidak dibawa ke Pestabola Merdeka dan ada yang kurang cergas.

“Kami tidak memiliki skuad yang besar dan saya perlu memilih barisan pemain yang ada,” ujarnya lagi.

Advertisements

Malaysia bakal berhadapan India jam 9:00 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk aksi sulung Pestabola Merdeka 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram