Advertisement
Status Endrick Bersama Malaysia Jadi Tanda Tanya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Harimau Malaya kini berada dalam momentum terbaik sebelum memulakan aksi pertama di Qatar namun status perancang tengah negara, Endrick Dos Santos menjadi tanda tanya.

Pemain berusia 27 tahun itu terpilih dalam senarai 26 pemain untuk membarisi skuad Kim Pan-gon di Piala Asia 2023.

Beliau sebelum ini melapor diri lewat ke kem latihan kebangsaan susulan menanti isterinya yang mahu melahirkan zuriat.

Kepulangan Endrick ke kem negara di Qatar menjadi tanda tanya selepas beliau tidak kelihatan dalam sesi latihan di sana.

Kelibatnya juga tidak berjaya dikesan ketika skuad negara terikat dengan keputusan 2-2 berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria tempoh hari.

Menerusi perkembangan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), beberapa keping foto telah pun dimuat naik pada sesi latihan yang berlangsung namun tiada kelibat perancang tengah JDT itu.

Pemain yang difahamkan kurang cergas sebelum ini seperti Corbin-Ong dan Natxo Insa sudah pun kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Endrick merupakan antara bintang naturalisasi yang mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama Romel Morales dan juga Paulo Josue

Harimau Malaya akan bertemu Jordan bagi aksi pertama Kumpulan E pada 16 Januari 2024.