Status Shin Tae-yong Dalam Bahaya
MakanBola
PSSI
Sponsors

Status jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong kini dalam bahaya.

Ini selepas Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memaklumkan kedudukan jurulatih Korea Selatan itu bakal disemak semula.

Ad
Sponsors

Ini susulan kegagalan Tim Garuda layak ke separuh akhir ASEAN Championship 2024. Indonesia terkandas dalam Kumpulan B selepas hanya mengutip satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Ad

Situasi ini meresahkan PSSI kerana prestasi Indonesia dalam kejohanan itu menunjukkan kemerosotan. Selepas berjaya mara ke final pada edisi 2020, Tim Garuda terkandas di peringkat separuh akhir dalam edisi 2022.

“Sebelum kejohanan bermula, saya nyatakan matlamat Indonesia dalam ASEAN Championship 2024 ialah memberikan yang terbaik,” katanya seperti dilaporkan VNExpress.

Ad

“Dan dengan semua perkara yang kita usahakan bersama staf kejurulatihan dan barisan pemain yang ada, kita sepatutnya layak ke separuh akhir. Justeru, kita akan laksanakan semakan.”

Ad

Tae-yong memanggil ramai pemain Bawah 23 Tahun (B-23) dalam skuad Indonesia kali ini. Pasukan itu turut diperkuat lima pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam, Marselo Ferdinan, Ronaldo Kwateh dan Rafael Struick.

Ad

Erick melihat dengan skuad yang dipanggil kali ini, beliau percaya pasukan itu sepatutnya mampu mengulangi pencapaian separuh akhir edisi 2022.

“(Bila beraksi) dengan skuad muda, kalah kepada Vietnam itu boleh difahami,” kata Presiden PSSI itu.

“Walau bagaimanapun, penyingkiran kita sepatutnya berlaku di peringkat separuh akhir. Bila itu berlaku, baru kita boleh kata kita telah mencuba yang terbaik.

Meskipun kedudukan staf kejurulatihan termasuk Tae-yong bakal disemak PSSI, Erick memberi bayangan khidmat bekas jurulatih Seongnam FC itu masih dikekalkan.

Ini disebabkan prestasi baik yang dipamerkan Indonesia dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini termasuk kejayaan menewaskan Arab Saudi pada November lalu.

“(Kedudukan) penolong jurulatih, Nova Arianto dan Coach Shin (Tae-yong) sudah pasti akan disemak,” ujar bekas pemilik Inter Milan itu.

“Kontrak mereka menyatakan penilaian sebegitu dilaksanakan selepas setiap kejohanan antarabangsa. Saya tak mahu buat silap kerana kejayaan hadir daripada proses yang mantap, jurulatih yang bagus dan pemain-pemain yang berbakat.”

Indonesia kini mengalihkan fokus kepada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya menentang Australia di Sydney pada 20 Mac ini.