Stefano Brundo Kembali Mantapkan Sri Pahang
MakanBola
Sri Pahang FC

Penyokong Sri Pahang FC mendapat berita gembira apabila tonggak import mereka, Stefano Brundo bakal kembali membarisi kesebelasan utama pasukan itu.

Sebelum ini, jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad terpaksa menyisihkan khidmat bek tengah Argentina itu sejak September lalu akibat kecederaan.

Ad

Situasi ini menyebabkan Brundo terlepas beberapa perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia. Ini termasuk kemenangan 1-0 ke atas Perak FC dalam aksi suku akhir pertama pada 13 Disember lalu.

Ad

Kini, wartawan Astro Arena, Zaki Zainal memuat naik status terbaru bek tengah berusia 31 tahun itu. Brundo dilihat semakin cergas dan berpeluang diturunkan dalam aksi liga menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pemain import dari Argentina, Stefano Brundo dijangka kembali menguatkan pertahanan skuad Tok Gajah menjelang aksi bertemu JDT esok (hari ini) di Stadium Sultan Ibrahim. Kecederaan di kaki kanannya sejak September lalu tampak sudah pulih sepenuhnya!” katanya di X.

Ad

Kehadiran semula Brundo dijangka menambah pilihan Fandi baik di bahagian pertahanan mahupun di bahagian tengah Tok Gajah.

Ad

Sri Pahang bakal berentap dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan bukannya di Temerloh pada 17 Disember.

Ad

Perubahan venue perlawanan dibuat kerana mengambil kira faktor hujan berterusan dan cuaca yang tidak menentu di bahagian Pantai Timur.