Advertising
Venue Aksi Sri Pahang vs JDT Diubah Ke Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC

Venue bagi pertemuan Liga Super melibatkan Sri Pahang dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diubah ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Saingan Liga Super minggu ke-17 bakal kembali bersambung bermula 17 Disember ini setelah memberi laluan kepada aksi Piala Malaysia dan Challenge Cup yang sedang berlangsung ketika ini.

Ad

Lima aksi Liga Super yang menarik bakal disajikan buat para peminat dengan tumpuan kepada Derbi Utara antara Kedah dan Penang selain Sri Pahang yang bakal melayani kunjungan JDT.

Ad

MFL dalam satu kenyataan pada Jumaat telah mengemaskini jadual aksi Liga Super 2024-2025 melibatkan Sri Pahang dan JDT pada 17 Disember 2024 ini dengan pindaan dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat.

Venue asal bagi aksi ini dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, namun atas faktor hujan yang berterusan, perlawanan diubah ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Ad

“Kemaskini dibuat atas faktor hujan yang berterusan dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur,” ujar MFL.

Ad

“Sri Pahang FC akan kekal menjadi Pasukan Tuan Rumah (PTR) bagi perlawanan ini,” tambah badan pengelola liga itu lagi.

Ad

Carta Liga Super ketika ini masih diterajui oleh JDT dengan 43 mata daripada 15 perlawanan manakala Sri Pahang pula ketika ini menduduki tangga ke-8 dengan 15 mata hasil 13 aksi.