Stoichkov Penggempur Baharu JDT
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Penyerang sensasi Sepanyol, Stoichkov akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga baharu selepas disahkan menyertai JDT pada awal pagi Sabtu.

Perpindahan Stoichkov ke Harimau Selatan telah diumumkan pihak kelab melalui satu kenyataan yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan.

“Beliau membantu Deportivo La Coruna meraih kenaikan ke La Liga pada musim lalu, dan kini Johor Darul Ta’zim FC bakal menjadi rumah baharunya.”

Selamat datang ke Southern Tigers, Stoichkov,” kata JDT dalam satu kenyataan di laman X.

Bekas pemain LaLiga 2, Deportivo La Coruna itu dijangka bakal merebut tempat di bahagian serangan sebagai penyerang kedua Harimau Selatan bersama-sama Jairo da Silva & Enzo Lombardo.

Untuk rekod, kelab terakhir Stoichkov ialah Deportivo La Coruña, yang disertainya secara pinjaman daripada Granada CF.

Kelab tersebut beraksi dalam saingan LaLiga 2 di Sepanyol, selain Stoichkov turut memiliki pengalaman beraksi di Gibraltar sebelum tiba di bumi Johor.

Musim lalu, bintang kelahiran Sepanyol itu menjaringkan enam gol dalam 38 penampilan bersama Deportivo La Coruña, sekali gus membantu pasukan tersebut mengesahkan tempat ke saingan LaLiga bagi musim 2026/27.