Strategi Thailand Dah Berubah
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Thailand dikesan telah mengubah pendekatan, baru-baru ini.

Skuad kendalian Anthony Hudson mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA dengan mengikat Kuwait, 2-2 di Pathum Thani, Thailand.

Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Gajah Perang terikat tanpa jaringan tatkala berdepan pasukan ke-91 dunia, China pada 9 Jun yang lalu.

Percaturan yang digunakan oleh ketua jurulatih Thailand mencuri perhatian apabila dikesan menurunkan barisan kesebelasan utama yang lebih berpengalaman berbanding sebelum ini.

Pada perlawanan menentang China, Thailand telah menurunkan sebelas pemain dengan purata umur 31.8 – dengan lapan pemain yang beraksi berumur lebih 30 tahun.

Sementara itu, hanya tiga sahaja pemain yang berusia bawah 30 tahun iaitu Weerathep Pomphan, Teerasak Poeiphimai dan juga Kritsada Kaman.

Pemain paling berpengalaman yang kekal menjadi taruhan pasukan ialah penyerang lagenda Thailand, Teerasil Dangda yang beraksi selama 60 minit pada perlawanan menentang China.

Percaturan ini memberi gambaran awal kepada Malaysia tatkala kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi kedua Kumpulan B, ASEAN Hyundai Cup 2026 bermula Julai ini.