Harimau Malaya mendapat tonik tambaha menjelang pertemuan menentang Thailand, Ogos ini.
Malaysia menamatkan saingan Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di tangga kedua kumpulan sekali gus terlepas peluang ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi.
Skuad kebangsaan dijadual menghadapi ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan diundi bersama-sama Myanmar, Laos, Thailand dan Filipina dalam Kumpulan B.
Kemas kini ranking masa-nyata FIFA menyaksikan Malaysia menduduki tangga ke-137 dunia – naik satu tangga berbanding kemas kini terdahulu dengan 1086.22 mata.
Thailand yang bakal menjadi lawan Harimau Malaya bagaimanapun mengalami kejatuhan ranking selepas berada pada kedudukan ke-94 dunia dengan 1250.77 mata – hilang kira-kira 1.37 mata berbanding kemas kini terdahulu.
Skuad Gajah Perang tetap berjaya mengekalkan status selaku pasukan nombor satu Asia Tenggara sekali gus menjadi cabaran terbesar Harimau Malaya di ASEAN Hyundai Cup 2026.
Malaysia bakal membuka tirai saingan menentang Myanmar pada 25 Julai di gelanggang lawan dengan aksi menentang Thailand pada Sabtu, 1 Ogos 2026 juga di tempat lawan.
Sebagai rekod, Malaysia tewas 1-0 kepada Thailand pada pertemuan kali terakhir pada 14 Disember 2024.