Stuart Ramalingam: Kita Perlukan Maklumat Baru Dari Kedah
Liga Super
MSN/KDA FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa MFL memerlukan maklumat baru daripada Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ini selepas Kedah telah diberi tempoh sehingga 5 Mac ini oleh First Instance Body (FIB) untuk menyelesaikan masalah gaji tertunggak pasukan.

Selain diberi tempoh bagi menyelesaikan tunggakan gaji, Kedah juga diminta memberi maklumat tambahan kepada FIB dan MFL.

Advertisements

Ini bagi membolehkan ahli lembaga pengarah MFL menimbang semua maklumat terbaru tentang kedudukan Sang Kenari dalam mesyuarat yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.

“Bukan lanjutan masa tetapi maklumat tambahan untuk kita bawa ke mesyuarat ahli lembaga pengarah. Kita ada mesyuarat pada 6 Mac nanti, itu mesyuarat suku tahunan kita yang biasa.

“Tetapi kerisauan ahli lembaga pengarah kita mengenai Kedah juga (akan dibincangkan). Jadi, kita minta maklumat tambahan untuk kita bawa kepada ahli lembaga pengarah.

Advertisements

“FIB juga telah menghantar beberapa surat kepada Kedah tentang perkara yang sedang berlangsung. Rujukan untuk serahan maklumat pada 5 Mac ini juga untuk dimaklumkan kepada FIB tentang statusnya.

“Saya rasa pasukan telah membuat hantaran tentang kedudukan semasanya dan saya rasa perkara ini perlu dimasukkan dalam komunikasi rasmi dengan MFL.

“Kedah telah hantar maklumat sebelum ini tetapi kita perlukan maklumat baru,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold (RTG) yang berlangsung pada petang tadi.

Advertisements

Kedah menjadi salah satu pasukan yang berisiko untuk diturunkan ke Liga M3 selepas dibelenggu dengan isu tunggakan gaji dalam saingan Liga Super musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram