Stuart Wilkin: Keputusan Di Luar Kawalan Pemain
MakanBola
FAM/Sabah FC

Perancang tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin bersedia untuk mewakili negara mahupun kelab.

Umum mengetahui bahawa Malaysia sedang mengharungi kempen ASEAN Championship dan bakal berdepan Thailand pada Sabtu ini.

Ad

Hasrat untuk melihat skuad negara mara ke pentas separuh akhir berlangsung penuh liku sungguhpun menghuni tangga teratas kumpulan ketika ini.

Ad

Stuart waspada bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki selepas dipaksa bangkit menewaskan Timor Leste.

“Ini bukanlah satu aksi yang mudah, kita perlu meningkatkan persembahan dan kawasan yang perlu ditambah baik. Kita tahu aksi selepas ini akan lebih sukar jadi pemain perlu bersatu untuk beraksi lebih baik.

Ad

“Menentang Thailand bakal menjadi yang sukar kerana mereka amat kuat. Kita akan meneliti semula kelemahan, menggunakan pelan yang sudah direncanakan dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Ad

Beliau bagaimanapun sedar tugas untuk beraksi bersama kelab atau skuad kebangsaan terletak atas perbincangan FAM dan pihak kelab tatkala saingan liga masih berlangsung.

Ad

“Kita masih belum mendapat apa-apa pengesahan tetapi kita akan lihat nanti. Mana-mana keputusan, ia berada di luar kawalan pemain kerana ia antara FAM dan kelab.

“Walaupun beraksi untuk mana-mana pihak, pemain akan memberikan 100 peratus untuk pasukan yang diwakili,” katanya ketika ditemui MakanBola selepas perlawanan.

Pemain Sabah dan Selangor difahamkan telah pulang ke pangkuan kelab masing-masing bagi tugasan Piala Malaysia dan Piala Cabaran tidak lama lagi.

Aksi Thailand vs Malaysia akan berlangsung pada 14 Disember 24 di Stadium Rajamangala jam 9 malam.