Harimau Malaya berjaya mengelak daripada bertemu dengan negara dari Asia Tengah.
Skuad kendalian Pau Marti kini beraksi di ASEAN Championship dan menghadapi tentangan Timor Leste pada aksi kedua.
Ujian sebenar pasukan negara adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula pada mac tahun hadapan bagi menempah tiket ke Piala Asia.
Harimau Malaya diundi bersama Vietnam, Nepal dan juga Laos dengan aksi pembukaan adalah menentang Nepal pada bulan Mac.
Undian tersebut menyaksikan skuad kebangsaan berjaya mengelak untuk bertemu dengan beberapa buah negara Timur Tengah seperti Syria dan juga Lubnan dari Balang 1.
Bukan itu sahaja, skuad kebangsaan juga berjaya mengelak untuk bertemu dengan pasukan terbaik di Asia Tenggara iaitu Thailand yang menghuni tangga ke-97 dunia.
Hasrat aksi ulangan menentang India juga tidak kesampaian apabila The Blue Tigers diundi dalam Kumpulan C menentang Hong Kong, Singapura dan Bangladesh.
Malaysia perlu merebut satu slot sahaja dengan juara kumpulan akan layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, 15 Januari hingga 8 Februari 2027.
Malaysia sebelum ini telah layak ke Piala Asia 2023 di Qatar secara merit selepas 42 tahun.