Advertising
Stuart Wilkin: Kita Cuba Menang Tapi Aksi Ini Mencabar
MakanBola
FA Malaysia

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin mengakui pasukan itu terlepas peluang meraih kemenangan ke atas Kemboja dalam aksi pertama ASEAN Championship 2024.

Aksi pertama Kumpulan A menyaksikan Malaysia diikat Kemboja 2-2. Wilkin membuka tirai jaringan buat anak buah Pau Marti Vicente pada minit ke-35.

Ad

Abdel Kader Coulibaly dan Sa Ty menyumbat gol buat The Koupreys pada separuh masa kedua. Malaysia memastikan mereka membawa pulang satu mata dari Phnom Penh menerusi gol Fergus Tierney pada minit ke-74.

Ad

Pemain tengah Sabah FC itu mengakui Malaysia datang ke Phnom Penh dengan misi memburu tiga mata penuh tetapi misi itu gagal direalisasikan.

Pada masa sama, Wilkin menyifatkan satu mata daripada aksi ini cukup berharga untuk membantu Malaysia mendepani kempen Kumpulan A.

Ad

“Anda tahu keputusan itu bukan baik atau buruk. Saya fikir kita datang ke sini untuk memenangi perlawanan tetapi kita gagal mencapainya (diikat Kemboja).

Ad

“Sekurang-kurangnya kita tidak tewas dalam perlawanan ini. Sudah tentu satu mata yang penting tetapi sudah pasti ada penambahbaikan yang perlu dilakukan,” katanya selepas perlawanan.

Ad

Bekas pemain remaja Southampton itu turut memberi pujian kepada Kemboja kerana memberi tentangan kepada Harimau Malaya sepanjang perlawanan.

“Ya, saya tahu ini satu perlawanan yang sukar. (Kita) datang ke sini dan beraksi menentang Kemboja di hadapan penyokong yang ramai, ia memberi kesukaran kepada kita.

“Pujian harus diberi kepada pasukan Kemboja, mereka cukup kuat. Ya, ia satu perlawanan yang sukar tetapi satu perlawanan yang menarik, satu keputusan yang adil,” ujarnya.

Gol Wilkin semasa menentang The Koupreys merupakan gol keenamnya bersama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Malaysia kini mengalihkan fokus untuk aksi kedua Kumpulan A menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini.