Sukan Olimpik: Sepanyol Ke Final, Kuburkan Impian Emas Maghribi
MakanBola
SEFutbol
Sponsors

Pemenang pingat perak bola sepak Sukan Olimpik edisi lalu, Sepanyol mengesahkan kemaraan ke final setelah menewaskan Maghribi.

Setelah membelasah Amerika Syarikat 4-0, Maghribi turun dalam aksi separuh akhir bertemu Sepanyol yang turut melakar kemenangan besar 3-0 ke atas wakil Asia, Jepun.

Ad
Sponsors

Kesebelasan utama Maghribi diketuai bek PSG, Achraf Hakimi tatkala Sepanyol mempertaruh duo Barcelona, Eric Garcia dan Pau Cubarsi di benteng pertahanan pasukan.

Ad

Sepanyol yang tampil dengan jersi kuning mula mengasak kubu Maghribi sejak minit pertama dan hampir merobek gawang menerusi percubaan Fermin Lopez namun ditepis keluar.

Ad

Ketika Sepanyol rancak menyerang, Maghribi dihadiahkan sepakan penalti setelah Amir Richardson dikasari, tugas ini disempurnakan ayam tambatan, Soufiane Rahimi pada minit ke-37.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Maghribi 1-0 Sepanyol.

Ad

Kembali dari rehat, La Roja yang dibimbing Santi Denia membuat 3 pertukaran dan percaturan itu berhasil apabila Fermin Lopez menyamakan skor menerusi sepakan kaki kiri pada minit ke-66.

Pemain gantian, Juanlu Sanchez muncul wira Sepanyol dengan gol kemenangan ketika permainan berbaki lima minit untuk menyingkirkan Maghribu di pusingan separuh akhir.

Aksi di Marseille berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Sepanyol.

Kemenangan ini membawa Sepanyol ke pentas akhir untuk bertemu pemenang di antara tuan rumah, Perancis atau Mesir yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.