SUKMA: Perak Genggam Gangsa, Tundukkan Pulau Pinang
UltraSukan
FA Sarawak
Sponsors

Skuad futsal Perak menyumbang meraih pingat gangsa acara futsal SUKMA 2024 apabila menewaskan Pulau Pinang dalam penentuan pingat gangsa.

Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada Sarawak dan Selangor di peringkat separuh akhir, ini peluang buat Perak dan Pulau Pinang menutup kempen futsal dengan pingat gangsa.

Ad

Skuad futsal Harimau Kumbang meraih pendahuluan seawal minit ketiga menerusi Aidid Alfian Zainol Bharin.

Ad

Tersentak, Perak yang dibimbing Mohamad Ali Mahat segera melancarkan serangan untuk memburu gol penyamaan.

Hasilnya, Azmeer Amreell Amerruddin meledakkan gol penyamaan pada minit ke-26 menerusi rembatan deras yang menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Izzul Hafiz Mohd Ilias.

Ad

Kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat separuh masa.

Ad

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan semakin rancak melancarkan serangan demi serangan untuk mendapatkan gol kedua.

Ad

Pulau Pinang sekali lagi mengejutkan Perak dengan mendahului buat kali kedua pada minit ke-30 menerusi Muhammad Firdaus Radzi.

Keceriaan kem Harimau Kumbang tidak bertahan lama apabila Arif Muqri pantas menyamakan kedudukan seminit selepas itu.

Skuad Seladang kemudiannya meledakkan tiga gol dalam tempoh tiga minit menerusi Amirul Aiman Hamdan, Raja Nur Zulkarnain Raja Aidil Shahril dan Muhammad Haziyhidawi Mazlan.

Pulau Pinang merapatkan jurang menerusi Muhammad Shamil Sulaiman pada minit ke-39. Walau bagaimanapun, gol tersebut sudah terlambat untuk menghalang Perak daripada mengecapi pingat gangsa.

Kini, tumpuan peminat futsal negara beralih pula kepada penentuan juara antara tuan rumah, Sarawak dan Selangor. Kedua-dua pasukan bakal berentap di pentas final petang ini.