Penyerang skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang baru berhijrah ke Liga Thailand menegaskan beliau masih akan mewakili skuad Harimau Malaya walaupun bermain di liga luar negara ketika ini.
Sumareh to continue playing for nation if needed https://t.co/iDjpgvvT2T
— Harakahdaily | الحركة (@harakahdailyHD) October 17, 2020
Pemain berusia 26 tahun tersebut berkata, beliau akan pulang menyertai skuad apabila khidmatnya dipanggil oleh jurulatih selepas melengkapkan perpindahannya ke Police Tero FC pada 7 September yang lalu, Beliau bakal beraksi bersama pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan yang sebelun ini menandatangani kontrak bersama skuad Liga Thai tersebut.
Mohamadou Sumareh training with Police Tero for the first time. pic.twitter.com/m3Dwtzyh0s
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) October 14, 2020
“Saya akan mewakili skuad kebangsaan sekiranya dipanggil oleh jurulatih. Soal sama ada mahu kembali bermain di Liga M pada masa akan datang, saya masih tidak fikirkan mengenai perkara tersebut lagi. Sekarang saya mahu menumpukan perhatian saya di sini dahulu bersama Police Tero.” Katanya.

Sebelum ini, sumareh mencipta kontraversi apabila membatalkan kontraknya bersama skuad Pahang FA sebelum tededahnya berita mengenai kontrak perpindahannya ke pasukan Selangor melalui ‘story’ instagram milik Tengku Mahkota Johor (TMJ).
Contract for Sumareh from Selangor as revealed by TMJ 👀 pic.twitter.com/ME8b5QOdSa
— 𝗔𝘆𝘀𝗵𝗮 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (@ayshardzn) September 20, 2020